Thursday, February 16, 2012

.:. Moga Allah redha persahabatan kita .:.


Persahabatan itu sangat indah andai dibina atas dasar iman..

Sahabat menjadi sumber kekuatan saat diri merasa lemah..

Senior saya pernah ckp.. “salah satu tanda Allah itu dekat dengan hambaNya adalah apabila seseorg hambaNya punya masalah,,Dia hantar seorang sahabat yg benar2 mampu menjadi sumber kekuatan kpd hambaNya itu agar mampu terus teguh ats jln Ilahi..” perbualan yg saya masih mampu ingat walau hampir 3 tahun berlalu..dan saya merasainya..saya punya mereka2 yg saya cukup kagumi di sekeliling saya..x pernah kurang rasa indahnya bersahabat..beruntungnya punya sahabat..

Allah pasti uji satu persahabatn bukan…x de persahabatan yg indah tanpa diuji..

Saya punya kekurangan..awak juga punya kekurangan..

Allah ciptakan manusia utk saling melengkapi antara satu sama lain..

Maaf andai kekurangan saya menyebabkan awak tidak senang..

“saya suka bila saya mampu buat mereka2 di sekeliling saya bahagia..tp saya paling x suka utk melihat org2 di sekeliling saya risau + bimbang akan diri saya”

Ini saya..^^,

Saya nak share something..

Utk saya..utk awak..utk semua juga..

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH

1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.


 

Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendaklah dia memberitahu temannya.”

~ HR Abu
Daud


2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.


 
Nabi SAW bersabda :

” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :

“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”

~ HR Muslim


3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.


 

  "Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria."

~ HR Muslim


4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.


 

Nabi SAW bersabda :

  "Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. "

~ HR Abu Daud


5. Amalan ziarah-menziarahi



Nabi SAW bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu."


6. Memberi Hadiah


 

Nabi SAW bersabda : " Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang."

~ HR Thabrani


7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.



Nabi SAW berpesan : " Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan."

Saya akui saya masih x mampu utk mengamalkan semuanya..

tp saya dalam proses utk menjadi sahabat yg baik..

sahabat yg memahami

agar banyak hati dapat dijaga..dipujuk..disembuhkan

ada air mata yg mampu diseka dgn tgn ini..

dan juga

Sebaik layanan awak pada saya..
Semoga sebaik itulah layanan saya pada awak.

Moga Allah redha persahabatan kita.



Friday, February 10, 2012

:: Saya sedang berusaha menjadi yg lebih baik ::


 
“Allah itu sangat dekat bukan..
Tanpa kita menyatakan apa yg kita rasa setiap detik ketika..Dia tahu..
Dia sentiasa ada memujuk hati saat diri merasa sendirian..Dia x pernah jauh..
Mungkin kita yg menjauhkan diri drpd Dia..”

Alhamdulillah..minggu yg memenatkan bagi saya dah berlalu..ini baru sikit kesempitan waktu yg dirasai..
Suatu masa nanti,,mungkin lebih memenatkan..
So..hargai setiap detik yg Dia bagi ^^,

 

Ujian Allah tue sentiasa relevant bukan..
X pernah berat sebelah walau kdg2 kita terasa x adil..
Terasa berat sgt ujian itu..namun hakikatnya..
Nikmat Dia sentiasa melebihi ujianNya..
Bila saya sendirian..byk yg saya fikir..byk yg saya rasa..

Keluarga

Sahabat

Mereka2 di sekeliling saya

Saya hanya hamba yg biasa pada mata Dia..tetapi saya sedang berusaha menjadi yg lebih baik pada pandangan Dia..

Masih byk yg saya belum mampu lakukan..tp..saya sedang berusaha ok..
Sahabat saya kata..jdlah osem..jom jd osem nk??

::ordinary student extraordinary muslim::

Mungkin kesusahan yg akan kita hadapi dulu dlm usaha menjd osem..
But then, kesenangan akan menyusul..
itu saya pasti..
Ambillah ibrah dalam setiap langkah kehidupan..
Hidup saya..hidup awak..dan hidup org2 di sekeliling kita

Mungkin saya x tahu apa yg awak sedang alami..dan awak x tahu apa yg saya sedang alami..
Dan mungkin juga kita sama2 x tahu apa yg mereka2 kt luar sana sedang alami
Tp..
Dia tahu segala-galanya..
Dia atur perjalanan hidup setiap hambaNya  dgn aturan yg terbaek..
Balik pada Dia..mengadulah pada Dia..
Dia pasti beri solusi bersama ketenangan yg kita perlukan..

[ utk imah sayang..kuat tau..kehilangan sesuatu yg kita sayang adalah perkara yg pasti berlaku..itu ketetapan Dia..jd anak yg solehah..doakan ayah awak bersama dgn org2 yg Dia kasihi..(^_^)]